Monday, 13 May 2013

LUKISAN KEJURUTERAAN

PENGGUNAAN LUKISAN KEJURUTERAAN

PENGENALAN                     

Lukisan kejuruteraan merupakan lukisan garisan – garisan yang dibentuk daripada pensel. Lukisan berbentuk garisan ini dibuat dengan menggunakan peralatan lukisan kejuruteraan , bukannya secara bebas tanpa menggunakan peralatan. Lukisan ini merupakan gambaran sebenar bagi sesuatu bentuk objek dengan lebih terperinci yang disertakan dengan saiz dan ukuran dari semua arah pandangan.

TUJUAN DAN JENIS-JENIS LUKISAN KEJURUTERAAN
Secara amnya, lukisan boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:

i) Lukisan Artis

Lukisan yang dilakar secara bebas untuk menggambarkan bentuk sebenar sesuatu objek, benda ataupun dengan alam semula jadi.

ii) Lukisan kejuruteraan

Lukisan garisan-garisan yang dibentuk daripada pensel atau dakwat. Lukisan berbentuk garisan ini dibuat dengan menggunakan peralatan lukisan kejuruteraan, bukannya secara bebas tanpa menggunakan peralatan. Lukisan ini merupakan gambaran sebenar bagi sesuatu bentuk objek dengan lebih terperinci yang disertakan dengan saiz dan ukuran dari semua arah pandangan. Lukisan Kejuruteraan mengandungi cirri-ciri tertentu dengan gaya tersendiri dan dilukis mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Lukisannya terdiri daripada susunan berbagai-bagai jenis garisan serta simbol-simbol tertentu dan lazimnya boleh difahami oleh mereka yang daripada kejuruteraan yang sama. Semasa mempelajari lukisan kejuruteraan terdapat beberapa amalan biasa yang perlu dilakukan oleh setiap pelajar untuk menentukan setiap lukisannya diterima mengikut peraturan lukisan. Diantaranya ialah ketepatan melukis, teknik melukis, kebersihan melukis dan kepantasan menyiapkan lukisan.

Ketepatan

Setiap lukisan kejuruteraan hendaklah dibuat dengan mengikut ukuran yang tepat. Ini termasuk ketepatan ukuran saiz dan penggunaan jenis-jenis garisan mengikut jenis pensel ataupun sepertimana yang telah ditentukan.

Teknik Melukis

Lukisan hendaklah dilukis mengikut teknik-teknik yang telah ditetapkan, termasuk teknik membina garisan, cara membentuk objek supaya lukisan kelihatan lebih jelas dan mudah difahami.

Kebersihan Lukisan

Setiap pelukis mestilah menanamkan perasaan untuk menghargai lukisan yang dibuatnya. Dengan itu pelukis akan lebih berhati-hati semasa membuat lukisan dengan mengambil kira langkah-langkah tertentu termasuk cara pengendalian alatan lukisan untuk memastikan kekemasan dan kebersihan lukisannya.

Kepantasan menyiapkan lukisan

Amalan melukis dengan pantas dan dalam jangka waktu yang tertentu akan menghasilkan seorang pelukis yang produktif dan berkeupayaan  tinggi. Namun aspek ini tidak seharusnya mengenepikan ciri-ciri lukisan kejuruteraan yang memerlukan kemahiran-kemahiran yang tertentu.

0 comments:

Post a Comment