Sunday, 26 May 2013

RANCANGAN MENGAJAR (BERPUSATKAN GURU - PILIHAN)

RANCANGAN MENGAJAR (BERPUSATKAN GURU -  PILIHAN)

Sekolah : Sekolah Menengah Teknik  Tanah Merah 
Subjek : Elektrik dan Elektronik
Tarikh : 30/4/2013                               
Masa :  9.00 pagi – 10.25 pagi
Tingkatan: 2 Cemerlang
Kehadirian:  /25 Orang
Topik : Kretiviti dan Rekacipta

Objektif Pembelajaran :
a)      Menyenaraikan tiga/empat alatan tangan dan tiga/empat komponen kid model yang digunakan semasa pemasangan kit model kereta.
b)      Menyatakan tiga/empat fungsi kit model kereta secara bertulis dan lisan.
c)      Dapat menyenaraikan turutan pemasangan kit model kereta dengan cara yang betul.

Pengetahuan Sedia Ada :
a)      Murid pernah melihat kit model kereta di luar atau kaca televisyen

Bahan Bantu Mengajar :
a) Persembahan Power Point
b) Lembaran Kerja
c) Klip Video

Langkah Pembelajaran :

Langkah
Kandungan

Aktiviti Pembelajaran (Guru dan Murid)

Bahan / Nota
Set Induksi

5 minit

(9:00 – 9:05)

Pengenalan tentang alatan elektronik


Pengenalan kepada kit model.
a)      Kereta
b)      Robot
c)      Kapal Terbang
d)     Rumahgambar


i.      Guru bersoal jawab bersama murid berkenaan pengalaman sedia ada murid mengenai kit model.
·         Apa jenis kit model yang pernah dilihat ?
ii.    Guru menerangkan jenis-jenis kit model yang terdapat di pasaran dan yang akan dipelajari.
 ABM: Slaid Power Point.

KKBKK: Menjana idea

Nilai : Pemerhatian
Langkah 1

(5 minit)



Jenis alatan tangan dan komponen kit model :
Menyenaraikan jenis alatan tangan yang diperlukan.
i.      Gandin plastic
ii.    Pemutar skru Philips
iii.  Kunci allen
iv.  Sepana hujung terbuka
Menyenaraikan komponen yang terdapat pada kit model kereta.
i.         Gear
ii.       Roda
iii.     Kerangka
iv.     Gandar
v.       Motor
vi.     Pemegang bateri
vii.   Suis
i.      Guru menyenaraikan alatan tangan yang diperlukan dan komponen kit model yang hendak digunakan.
ii.    Guru menghubungkaitkan pembelajaran dengan contoh peluang pekerjaan untuk menarik minat murid untuk menyimpan cita-cita dalam diri.
iii.  Memberi masa untuk murid membiasakan diri dengan peralatan dan komponen kit yang ada.
iv.  Guru membuat aktiviti mengisi jawapan pada ruangan kosong kepada murid tentang nama alat dan komponen yang disediakan
Kaedah/Teknik :
Penerangan

BBM :
Model sebenar

Nilai :
Rasional
kontekstual
experiencing, responding
Langkah 2

15 minit

(9:20 – 9:35)
Fungsi komponen kit model :
Menyatakan fungsi komponen kit model kereta.
   i.   Gear - menukar kelajuan atau arah pergerakan.
  ii.   Kerangka - tapak   pemasangan motor, gear, pemegang bateri, dan komponen lain.
iii.   Roda - memudahkan pergerakan kit model.
iv.   Suis - menyambung atau memutuskan arus elektrik.
  v.   Pemegang bateri - tempat untuk meletakkan bateri.
vi.   Gandar - menyambung dan menggerakkan roda.
vii.   Motor - menggerakkan gear pada kit model.
  i. Guru memberi penerangan tentang fungsi setiap komponen kit model kepada murid.
  ii. Guru memberi peluang kepada murid memegang alat dan komponen agar mudah mengingat nama dan fungsi alat-alat tersebut.
iii.Guru membahagikan murid kepada kumpulan kecil. (2 murid dalam 1 kumpulan).
iv.Murid membuat aktiviti memadan komponen dan fungsinya secara berkumpulan.
Kaedah/Teknik :
Penerangan

BBM :
Model sebenar

Nilai :

Bekerjasama
Kontekstual,
experiencing, applying
Langkah 3

15 minit

(9:35 – 9:50)
Pemasangan komponen kit model :
Menyenaraikan turutan pemasangan kit model kereta dengan betul.
 iPasangkan pelekat pada badan kit.
ii. Masukkan gear pada syaf motor.
iii. Pasangkan roda pada gandar dan pasangkan pada kerangka kit model.
iv. Pasangkan motor dan plat besi pada tempat yang betul.
  v. Pasangkan bateri pada pemegang bateri.
vi. Pasangkan kerangka yang telah siap dipasang dan buat pengujian.
i.      Guru membuat demonstrasi memasang komponen kit model kereta secara sistematik kepada murid.
ii.    Guru memberitahu langkah demi langkah berdasarkan video panduan pemasangan kit model kereta agar murid dapat membuat pemasangan dengan betul dan senang difahami.
iii.  Setelah selesai demonstrasi, guru menyuruh murid berada dalam kumpulan masing-masing untuk melakukan kerja yang akan diberikan.
iv.  Murid diberikan helaian kerja dimana murid dikehendaki menulis nombor mengikut urutan pada kotak penerangan berkenaan pemasangan kit model kereta

Kaedah/Teknik :
Tunjuk cara/Demonstrasi.

Amali : pemasangan model kit kereta.

BBM :
Model kit kereta

Nilai :
Kerjasama
Penutup
5 minutes
(10:20 – 10:25)
Menguji hasil pembelajaran.
i.      Guru membuat soal jawab/ ujian formatif untuk mengenal pasti tahap penerimaan murid terhadap pembelajaran.
ii.    Murid bekerjasama dalam kumpulan untuk menyelesaikan soalan yang diberikan.
Kaedah/Teknik :
Ujian

BBM :
Kertas Soalan

Nilai :
Kerjasama,
Kontekstual,
transfering dan cooperating
     


Refleksi :

_____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

1 comments:

bagus ilmu yang menarik dikongsi..harap dapt ditingkat pda masa akan dtg, good job..

Post a Comment